SUP BELUT

SUP BELUT KEGEMARAN ANAK GADISKU..


Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semuanya. Belut..! aah.. Ita memang tak boleh makan belut sebelum ni. Ya.. dah nampak macam ular jer, macam mana nak makan. Tapi tak tahu macam mana, kelmarin Ita dan boleh pegang, makan dan masak. hihihi.. tak sangka pulak boleh. Tak rasa apa-apa pun. Macam menyiang ikan keli je rasanya. Yang jadi terbeli tu.. sebab ada tengok jual kat pasar. Teringatkan si kakak yang suka makan sup belut. Katanya selalu beli sup belut dekat depan kolej nya. Bila teringat dia suka, jadi Ita minta hubby belikan. Hubby pun tak cakap banyak terus beli. RM20 sekilo. Tak tahu harganya murah ke mahal sebab memang tak pernah beli. Pesan adik yang jual belut, "akak balik rendam air asam jawa, ya..". Itu yang Ita ingat. Sebab tu.. bila balik terus potong kecil-kecil dan rendam air asam jawa. Tengahari tu.. terus buat sup untuk hidangan lunch kami.

Ita masak sup macam biasa ajer, cuma nya kali ini Ita lebihkan cili padi sebab nak pedas. Mari Ita kongsikan sup Belut Ita ya.


SUP BELUT

5 ekor belut - siang dan cuci bersih -potong kecil2
1 biji bawang besar - potong baji
1 batang saderi - potong
1 biji tomato - belah 4
2 sudu besar bawang goreng
1 tangkai daun sup - cincang halus
1 biji kentang - potong kasar
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 sudu rempah sup
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
minyak untuk menumis
1/2 kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 liter air

Bahan kisar:

1 batang saderi
2 biji bawang merah
4 biji cili padi
1 biji bawang putih

Caranya:


  1.  Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3. Masukkan air, kentang dan belut.
  4. Bila mendidih, masukkan rempah sup. Perlahankan api. Tunggu hingga kentang dan belut masak.
  5. Masukkan garam, gula, kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Angkat, taburkan bawang goreng dan daun sup.



Okey.. belut memang banyak khasiatnya. Untuk mencantikkan kulit dan menyembuhkan luka-luka dalaman. Selain dibuat sup, belut boleh juga dimasak paprik. Memang sedap. nanti Ita akan sharekan nak buat Belut Paprik ya.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts