PUDING BUAH KASTAD

SEJUKKAN TEKAK DI MUSIM PANAS..

Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Apa khabar? Lama juga Ita rasa meninggalkan blog kesayangan ini. Kesibukkan dengan tugas-tugas seharian seakan membataskan Ita untuk bersembang-sembang manja dengan anda sekelian. Hehehe.. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya Ita tak meninggalkannya terus,  dalam hati masih lagi ada tersimpan rasa sayang dan sentiasa mahu mengupdatekan cerita seharian Ita yang banyak kepada sekitar dunia masakan.

Pagi ini sebagai pengubat rindu, setelah beberapa hari tak menjenguk blog dapur maya Ita ni, Ita nak hadiahkan perkongsian resepi yang sedap pada citarasa keluarga Ita. Bolehlah dihidangkan tengahari nanti sebagai pencuci mulut.

Oleh kerana hari ni Ita dan anak-anak berpuasa, Ita pun bercadang nak buat puding ni sekali lagi pada petang ini. 

 Jom lah Ita sharekan resepinya ya..

PUDING BUAH KASTAD

Bahan-bahannya:

700 ml air
10 gm serbuk agar
1 tin buah-buahan koktail
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
2 sudu tepung kastad

Cara-caranya:


  1. Panaskan air, gula dan serbuk agar-agar.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Sementara itu, satukan telur, tepung kastad dan susu cair. Kacau dengan mengunakan whisk hingga sebati.
  4. Bila agar-agar mendidih, masukkan air buah-buahan dalam tin tadi.
  5. Masukkan buah-buahan koktail, biar hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan adunan telur tadi dan kacau hingga pekat.
  7. Basahkan loyang atau acuan.
  8. Curahkan adunan puding ke dalam loyang dan biarkan hingga keras.
  9. Setelah sejuk bolehlah dipotong.


Alhamdulillah, dah siap puding simple kita ya.. 

Selamat mencuba..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts