SERI MUKA PANDAN

LAMA MUKA TAK BERSERI...






Assalamualaikum dan selamat pagi. Kepada yang bertugas hari ini, Ita nak ucapkan selamat bertugas. Lakukan dengan jujur dan amanah.. In Sha Allah.. berganda pahala kemudian hari dan hidup anda akan diberkati. Kepada yang bercuti, selamat berhari minggu bersama keluarga tersayang.

Tentu sedang mengintai-intai breakfast untuk pagi ini ya. Kami memilih untuk breakfast di rumah sahaja hari ini. Kebetulan, Ita tak  berapa nak sihat sangat untuk berjalan-jalan.. Jadi jalan paling selamat makan sahaja di halaman rumah seawal-awal pagi. Nyaman..

Usai sahaja solat subuh, Ita dah menghidangkan sarapan pagi untuk adik Ita yang nak ke hospital. Dia bertugas hari ini. Dulu-dulu.. Ita ingatkan kerjaya doktor taklah sesukar semasa belajar dahulu tapi.. sekarang ini sangat jelas di pandangan Ita. Sibuk yang berpanjangan menjadikan seorang doktor kadang kala tidak mempunyai ruang untuk diri sendiri. Kesabaran tahap yang paling tinggi diperlukan. Namun kerjaya nya mudah mengumpul pahala..

Selepas adik Ita keluar. Ita menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak pula. Oleh kerana kesihatan yang kurang baik menjadikan kerja-kerja di dapur perlahan sedikit dari dahulu, namun Ita bersyukur sebab Ita masih mampu melakukannya. Alhamdulillah..

Pagi ini selain nasi dan kari kepala ikan, Ita hidangkan seri muka untuk suami dan anak-anak. Nampaknya semuanya sukakan seri muka Ita. Letak santan lebih sikit dalam pulut..rasa-rasa lemak-lemak manja gitu.. sedap..

Jom kita intai resepi nya:


SERI MUKA PANDAN

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:
1 cawan beras pulut -rendam semalaman
1/2 sudu kecil garam
1 cawan santan - jangan pekat atau terlalu cair ya.. (yang sedang2 saja..)


Lapisan Atas
1 cawan gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 cawan santan 
3/4 cawan gula
1/2  sudu besar pandan pes
beberapa titik pewarna hijau


Cara-caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Sediakan loyang bulat 6" X 3" (itu loyang Ita lah..hehehe.. ) ketinggian kuih taklah setinggi 3" ya..
  3. Alas loyang dengan plastik dan sapu minyak.
  4. Masukkan pulut ke dalam loyang bersama-sama santan yang dikacau dengan garam.
  5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Sementara itu, gaul semua bahan bahan lapisan atas dan kacau guna whisk.
  7. Jika pulut sudah masak, angkat dan kacau sikit pulut tu bagi sebati dengan sisa santan yag bertompok lalu ditekan hingga  padat.
  8. Panaskan adunan lapisan atas di atas api sederhana hingga sedikit pekat sahaja.
  9. Curahkan ke atas pulut. Kukus selama 30 minit lagi atau hingga masak.
  10. Suka lah di ingatkan, bungkus tudung periuk dengan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
  11. Bila kuih masak, jangan potong dahulu.. sabar ya.. tunggu betul-betul sejuk baru lah di potong supaya setiap hirisannya cantik dan mengoda.
Okey.. tak susahkan.. sekejap jer.. kalau kat rumah Ita, satu adunan ni sudah cukup untuk kami sekeluarga. sekali makan..hehehe.. Hubby sangat suka kan apa-apa resepi berasaskan pulut.

Jadi.., jangan lengah lagi.. jom cuba.. untuk hidangan petang nanti.

Selamat mencuba dan ASSALAMUALIKUM..

Comments

Popular Posts