TOM YAM SEAFOOD

KECUR LIUR BILA TOMYAM YANG DATANG DALAM MINDA.. MAKAN BEGITU SAJA PUN SEDAP..



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Ita harap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat.

Meneruskan kehidupan seharian yang tidak lagi selincah dulu. Segala pergerakan terbatas, menjadikan Ita terfikir banyak kali. Mensyukuri nikmat Allah, setelah diberi kesihatan yang agak baik selama ini, walaupun tak sempurna namun ianya benar-benar menginsafkan diri.

Bermuhasabah akan kesilapan diri. Terasa terlalu banyak dosa-dosa yang dilakukan menjadikan Ita terasa sedikit takut untuk menghadapi panggilan Nya. Berharap dan berdoa agar Allah snt mengampuni segala dosa dan kesilapan lalu. Sesalan yang tidak terucap dengan bibir yang kian lemah.

Namun, Ita memujuk hati dengan mencari lebih keredaan Nya. Semangat suami dan anak-anak menyakinkan Ita, yang Allah itu Maha pengampun dan maha penyayang. Syukur, kerana sempat menyedari yang diri kurang amalan selama ini berbanding dengan orang-orang yang beriman.

Kekosongan waktu yang kian mengisi kehidupan memberi ruang buat Ita untuk melebihkan amalan dan semuga Ita istiqamah dalam amalan seharian. Lebih mempunyai masa untuk melihat setiap pergerakan dan aktiviti anak-anak membuat Ita rasa sedikit lega berbanding sewaktu bertugas dahulu. Cuti yang panjang ini memberi jugak ruang untuk Ita untuk berfikir banyak-banyak. Jika sebelum ini banyak perkara yang Ita tangguh-tangguhkan tetapi sekarang tiba masanya untuk Ita melaksanakannya. Alhamdulillah.. setiap sesuatu yang di aturkan Nya adalah terbaik buat kita.

Tengahari ini Ita nak kongsikan resepi keluarga Ita, semuga memberi idea kepada sesiapa yang tak tahu nak memasak apa hari ini. Ita macam biasa jer.. masak ringkas-ringkas jer.

Jom kita tengok resepinya:


TOM YAM SEAFOOD

Bahan-Bahan-bahannya:

15 ekor udang galah-yang saiz besar-cuci
2 kiub tom yam(Ita guna brand Knorr)
1 batang serai-diketuk
6 kuntuk cendawan- belah empat
1 biji bawang besar-potong bulat
5 helai daun limau purut
3 biji bawang-hiris
3 bawang putih-hiris
1 inci lengkuas
4 ekor sotong-hiris bulat
1/2 biji lobak merah-potong bulat
garam dan gula
1 liter air
1 biji tomato -belah 4


Caranya:

  1. Masukkan air, serai, kiub tom yam dan lengkuas ke dalam periuk.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  3. Tunggu hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Masukkan sotong.
  6. Masukkan lobak merah dan cendawan.
  7. Akhir sekali masukkan udang, daun limau purut, tomato dan bawang besar.
  8. Sesuaikan rasa. Jangan biar lama nanti udang jadi kecut.
  9. Jika mahu lebih pedas, ketuk 2 biji cili merah.
Ita selalunya akan letakkan cili yang ketuk didalam mangkuk tom yam Ita kerana encik suami selalu nya pesan untuk tidak sediakan makanan yang pedas-pedas untuk anak-anak. So, hanya Ita seorang sahaja yang suka kepada makanan yang pedas-pedas walaupun Ita tahu Ita tak layak untuk makan pedas-pedas kerana Ita ada gastrik.

Okey hingga jumpa lagi, selamat mencuba.

ASSALAMUALAIKUM..

Comments

Popular Posts