OREO CHEESE CAKE

OREO CHEESE CAKE, SANGAT MUDAH..




Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. semuga semuanya dalam lindungan Allah snt.


Musim cuti sekolah macam ni., bila anak-anak berkumpul.. mak pun akan sedikit penat melayan selera anak-anak kan. Ada yang nak makan sedap jer. Si kakak nak makan kek, si adik nak western food. Hurmm..kita sebagai mak ni mana boleh dengar anak-anak nak makan itu ini.., mula lah rasa tak boleh duduk diam kan. Terus ke dapur.. meninjau-ninjau bahan-bahan apa yang ada di dalam kabinet dapur. Nak sesuaikan menu dengan selera anak anak kadang-kadang pening jugak. Nak-nak kalau menu tu tak sepadan pulak dengan selera si abahnya. Kena buat hidangan lain pulak untuk si abah. Tak buat, nantikan si abah merajuk pulak. Yang tua ni susah sikit nak memujuknya. Tak main  lah, kalau setakat nak pakai ilmu psikologi.. tak menjadi..hehehe.. mahu tak mahu..baik kita buatkan jugak menu pilihannya, selesai masalah. Selera kita, kita pendamkan je lah dulu..hehehe..

Okey.. untuk memenuhi selera si kakak, Ita buatkan oreo cheese cake. Menu ni memang banyak permintaannya kat rumah Ita. Kak long, Awien, Adam dan Pak Su nya memang sukakan kek ni. Aduhai.. sampai minggu ni dah dua biji Ita buat. Si Awien pun dah pandai buat sendiri bila dia rasa nak makan sangat.

Cukup mudah dan tak perlu nak membakar, menjadikan ia sedikit mudah untuk disediakan. Tapi.. aaa.. ada tapinya tau! Tak boleh lah nak makan terus seperti kek lain sebab kena duduk dalam freeze semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam bagi dia keras. Kena sabar sikit ya..hehehe..

Okey jom Ita tunjukkan caranya, pasni buat ya..



OREO CHEESE CAKE

Bahan-bahannya:

A

1 ½ cawan whipping cream non diary
100 gm cream cheese
100 gm gula aising
½ cawan biskut oreo-kisar

B

4 sudu besar mentega-dicairkan
2 cawan biskut oreo-kisar

Cara-caranya:
  1.   Lapisan bawah: Cairkan mentega dan campur bersama   biskut oreo dan masukkan ke dalam acuan. Padatkan.
  2.   Membuat lapisan atas: Putar whipping cream hingga       kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  3.   Putar cream bersama gula aising hingga sebati.
  4.  Campurkan adunan gula aising dan whipping cream.      Purtar hingga rata.
  5.  Masukkan biskut oreo dan kacau rata menggunakan  spatula sahaja.
  6.  Tuangkan ke dalam lapisan bawah. Taburkan lebihan  biskut oreo sebagai hiasan.
  7.  Masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan semalaman atau  sekurang-kurangnya 4 jam.
  8.  Hidangkan.

 Ya.. mudah sahaja kan. Tak perlu nak membakar bagai. Cumanya kalau rasa nak makan sangat tu kena sabar lah sebab, kena simpan di dalam peti dalam jangka masa yang lama.

Okey hingga jumpa lagi..

Assalamualaikum...
 


 










Comments

Popular Posts