TOM YAM AYAM

TOM YAM AYAM YANG RINGKAS..HIDANGAN EXPRESS..


Assalamualaikum.. selamat petang..

Petang ini nak Ita sharekan menu ringkas lagi. Semenjak dua menjak ni, asyik nak masak yang ringkas-ringkas jer.. Ya. terasa banyak perkara yang hendak dilakukan dan masa pulak rasa tak cukup jer. 

Ita asyik nak membaca aje.. ada-ada jer bahan yang hendak dibaca. Itu nak baca ini nak baca. Last-last.. tak terbaca hehehe.. Hurmm.. takpe..kita baca jer slow-slow kan. In Sha Allah lama-lama habislah apa yang Ita nak baca sangat tu kan.

Terasa sekejap jer masa berlalu dan banyak kerja yang tak sempat untuk disiapkan. Adakah kerana dunia akhir zaman, masa telah terasa singkat walaupun tetap tak berubah ..tetap 24 jam sehari. Jadi, kita kenalah beringat awal-awal ya.. buat sesuatu yang mendatangkan faedah untuk kita dan keluarga kita. Nak buat sesuatu tu kena fikir dulu baik dan buruknya. begitu juga apabila bercakap, kena fikir dulu.. bimbang ada yang tersinggung dengan pengucapan kita.

Okey jom Ita kongsikan menu ringkas Ita hari ini iaitu tom yam ayam.

TOM YAM AYAM

Bahan-bahannya:

500 gm ayam-potong sederhana
4 biji bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-potong bulat
2 keping kobis-potong kecil
1/2 biji lobak merah-potong bulat
3 biji jagung muda-hiris serong
4 biji cili padi-ketuk
1 biji tomato
1 kiub tom yam
1/2 kiub pati ayam
1.5 liter air
1 inci lengkuas
1 batang serai-ketuk
3 helai daun limau purut
garam secukupnya

cara-caranya:

  1. Masukkan air ke dalam periuk.
  2. Masukkan lengkuas, kiub pati ayam, serai, bawang merah, bawang putih dan daun limau purut.
  3. Masukkan ayam, garam dan kiub tom yam. Kacau.
  4. Bila mendidih, masukkan lobak merah dan biar hingga lobak merah lembut.
  5. Masukkan kobis, jagung muda, cili padi, bawang besar dan tomato.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Hidangkan.

Tom yam ayam yang sangat simple. Senang jer nak membuatnya. Sambil tunggu cik abang mandi pun dah boleh siap. Tak susahkan. Kalau malas nak makan dengan nasi boleh jer rebus mihun atau mee kemudian jadikan mihun tom yam. Sedap..

Okey hingga jumpa lagi dan selamat mencuba ya..

ASSALAMUALAIKUM..



Comments