KARI AYAM KACANG BENDI

KARI AYAM KACANG BENDI UNTUK MAKAN MALAM KAMI..



Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan selamat pagi.. Breakfast apa ya pagi ini? Ita just nak kongsikan hidangan malam tadi. Masak simple jer tapi janji menyenangkan ahli keluarga. Keluarga Ita memang sukakan kari, bagi ap jenis kari pun mereka suka. yang tak suka kari nya cuma Ita jer.. tapi pagi Ita makan roti yang dicicah dengan kari malam tadi.. hehehe..

Pagi ini Ita masak nasi goreng kampung dan hidangan sampingannya ialah roti cicah kari.. anak-anak suka.. Si kakak siap bawa bekal nasi goreng dan roti bersama kuah kari untuk dimakan bersama kawan-kawannya. Alhamdulillah anak-anak Ita dan suami suka berbekal ke sekolah dan pejabat. Mungkin sebab malas nak ke kantin , mereka lebih senang membawa bekalan.

Jom Ita kongsikan resepi kari Ita malam tadi. Ita pun tak punya masa yang banyak sebab jam 8.30 am nanti Ita nak keluar bersama anak perempuan Ita untuk kelas Al quran. Dah tua2 macam ni kena baca quran lebih sikit kan.. bekalan nanti..

KARI AYAM BERSAMA KACANG BENDI

bahan-bahannya:

5 batang kacang bendi
500 gm ayam - potong kecil
2 biji kentang-kupas kulit dan belah empat
3 sudu besar rempah kari-bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kari*
1 inci halia-hiris
3 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
1 sudu kecil halba*
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
200 ml santan pekat(Ita guna santan KARA)
700 ml air
1 senduk minyak masak

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
  2. masukkan bahan bertanda* dan goreng hingga wangi.
  3. masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
  4. masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
  5. Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak hingga mendidih.
  6. masukkan kacang bendi.
  7. masukkan santan dan kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  8. sesuaikan rasa.
Ita lebih suka menggunakan rempah kari yang dibeli secara timbang di pasar besar siti khadijah di kota bharu. Rasa karinya yang sangat kaw2 tu..memang sedap.  Mereka akan mencampurkan serbuk2 rempah tu bila kita hendak membelinya. 

Okey..hingga jumpa lagi.

Assalamualaikum..





Comments

Popular Posts