NASI GORENG CINA

SIAPA SUKA..???


Assalamualaikum... Selamat pagi dan apa khabar semua. Semuga semua nya dalam lindungan Allah snt. Dah breakfast ?? Breakfast apa ya..??

Ita just nak kongsikan satu resepi hidangan untuk keluarga Ita. Anak-anak dan suami amat gemarkan nasi goreng, jadi supaya mereka tak jemu selalunya Ita akan olahkan atau tukar jenis nasi goreng yang Ita buat setiap hari.

Namun penangan nasi goreng ni rasanya, memang tak dapat dinafikan ya.. Di warung, kedai makan , malah restoran pun turut menyediakan pelbagai jenis nasi goreng.

Namun air tangan setiap tukang masak selalu nya berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Itulah kelebihan masing-masing kan?

Jadi hari ini Ita akan kongsikan satu menu nasi goreng yang selalu Ita hidangkan buat anak-anak dan suami Ita. Menu nasi goreng ini jugak terdapat dalam buku rsepi Ita ya. Buku terbaru Ita , 500 JUADAH PILIHAN KELUARGA. Boleh tengok link nya di SINI atau DISINI ya.

Bahan-bahannya:

1 mangkuk nasi
1 cawan sayur campuran
½ cawan isi ayam-potong kecil
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
½ kiub pati ayam
3 sudu besar minyak masak
3  bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-caranya:

1.      Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2.      Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3.      Masukkan isi ayam, perlahankan api, biar ayam empuk.
4.      Masukkan sayuran cmpuran, kacau  rata.
5.      Masukkan garam, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan  kiub pati ayam. Kacau.
6.      Masukkan nasi dan  kacau rata.
7.      Sesuaikan  rasa dan hidangkan. 



Percaya lah, airtangan yang ikhlas akan mengalir kasih sayang yang kekal dan berpanjangan. Jadi, jangan sia-siakan hari-hari anda dengan orang tersayang. Hidang lah buat yang tersayang. Mudah-mudahan mendapat pahala dan ganjaran yang setimpal.

Semuga kita bersua kembali..

ASSALAMUALAIKUM..

Comments