BERIANI KAMBING

FIRST TIME BUAT BERIANI KAMBING.. SEDAP RUPANYA..


Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Diam tak diam dah 7 syawal kita kan..? Dah mula puasa enam tak kawan-kawan? Jangan di tinggal puasa enam yang banyak pahala ni ya. Kalau dapat di selesaikan awal-awal lagi bagus.. nanti boleh beraya enam awal-awal kan.

Ita dan suami dah tiga hari berpuasa. Walaupun Ita kurang sihat, namun Ita gaghi juga untuk selesaikan puasa enam pada awal syawal takut nanti kalau lewat, kena angkat bendera pula..hehehehe.. Jadi baik selesaikan awal-awal kan..

Menu yang Ita kongsikan pagi ini ialah nasi beriani kambing. Sebelum ni Ita just guna ayam sahaja. Tapi semasa membeli beras basmati tempuhari, penjual beras itu mengajar Ita memasak nasi beriani kambing. Ita pun teruja nak mencubanya. Tak sangka pula, memang sedap sungguh resepinya. Maklumlah makanan ruji si penjual beras tu kot. India muslim..

Jom Ita kongsikan resepinya:

Beriani kambing

500 gm daging kambing-potong kasar
3 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan minyak sapi
3 cawan beras-cuci dan toskan
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 biji tomato-potong dadu
1 sudu kecil garam halus
1 cawan kismis
1 tangkai daun pudina
1/3 cawan bawang goreng
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak sapi, tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan tomato, kacau rata hingga bawang masak.
  3. Masukkan rempah beriani, garam dan kacau rata.
  4. Masukkan air dan susu, kacau rata. Masukkan beras dan daging kambing. 
  5. Guna periuk elektrik dan masak seperti nasi biasa.
  6. Bila nasi dah masak, masukkan kismis dan kacau rata.
  7. Taburkan bawang goreng dan dan daun pudina.
  8. Hidang bersama kari dan lauk lain.
Okey.. kawan-kawan bolehlah mencubanya untuk hidangan rumah terbuka bersama lauk lauk lain seperti ayam masak merah atau kari daging. Jangan lupa, acar sekali ya sebagai hidangan sayur. 

Ita memang suka menjamu kawan-kawan di rumah. Selalunya , Ita tak pernah membuat open house tetapi kalau hari raya kedua, selalu nya tetamu tak akan putus-putus datang ke rumah hingga malam. Walaupun penat memasak dan menghidang sepanjang hari namun Ita gembira meraikannya. Kata orang, tetamu itu membawa rezeki..

SELAMAT HARI RAYA.


Comments

Popular Posts