SALAM LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum.. selamat tengahari. Apa khabar semua? Dah habis raya? tentu tidak kan? Seperti jugak anda, Ita sekeluarga juga belum lagi habis berhari raya. Masih lagi menerima kunjungan tetamu yang tak putus-putus datang ke rumah dan Ita akan cuba selit-selitkan untuk keluarga beraya ke rumah saudara-mara terdekat. Kalau jauh tu.. memang tak la..

Di tempat lain Ita tak pasti, tapi kalau di Kelantan kalau musim perayaan macam ni.. kalau perjalanan yang hanya 15 minit akan menjadi sehngga 2 jam! akibat kesesakan jalan raya.  Mana nak larat kan. Jadi, Ita korban sedikit rasa untuk beraya ke tempat-tempat jauh sedikit dari rumah dan Ita ambil keputusan untuk menerima tetamu yang datang ke rumah. Namun, kalau mak dan bapa saudara tu..harus kita kena pergi walaupun terpaksa bersesak-sesak di jalan raya. Maklumlah, kalau tak beraya dengan mak saudara atau bapa saudara ini rasa macam kurang sopan sedikit. hehehehe...

Di kesempatan ini, Ita nak memohon maaf zahir dan batin dengan anda semua jika selama anda mengenali Ita sekeluarga, Ita ada tersalah bicara dan terlanjur kata ya. Kita saling bermaafan semuga hidup kita selepas ini lebih diberkati Allah snt.

Assaamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA

Comments