BISKUT SAMPERIT SUSU

BISKUT RAYA DAH MULA..



 Assalamualaikum, salam sejahtera.., semuga rakan maya semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Alhamdulillah tangan ini masih lagi mampu mencoretkan apa yang ingin dicoretkan buat tatapan teman maya sekelian.

Pagi ini Kak Ita cuma mahu kongsikan satu resepi yang mudah juga, yang ,mana resepi ini ada Kak Ita muatkan dalam buku 100 RESEPI BISKUT MUDAH DAN SEDAP.

Tahun ini merupakan tahun pertama Kak Ita, suami dan anak-anak tidak beraya di rumah sendiri, jadi kami tidak beria-ria membuat persiapan untuk menyambut raya. Tempahan biskut raya juga Kak Ita tak ambil lantaran mahu menumpukan kepada amal ibadat. Kalau Kak Ita ambil tempahan, Kak Ita tentu tak cukup rehat. maklumlah dah tua tua macam ni, Kak Ita tak punya tenaga yang banyak seperti 20 tahun yang lalukan.. Namun syukur lah, dapat menikmati dunia dah 40 tahun lebih pun alhamdulillah dah. Ada mak ayah lagi berbanding dengan yang tak ada mak ayah atau yang sakit kan.

Tak usah cakap banyak ya..puasa-puasa ni.., nanti jadi merapu ke lain pulak ya. Jom kita kongsikan resepi ya..

SEMPERIT SUSU

Bahan-bahan:

200 gm susu pekat 
400 gm tepung jagung
200 gm mentega (jika guna mentega yang berkualiti lg sedap)



Cara-caranya:

Pukul susu dan mentega sekadar sebati sahaja. Kak Ita guna senduk kayu aje.


Pastu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jangan terlampau keras nanti tak terdaya nak tekan tau!!
 
Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan ke atas dulang pembakar.


Hiaskan dengan manik hiasan atau sebarang hiasan yang digemari. Kak Ita just tabur poppy seed aje.


Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C. Ini mengikut keadaan oven masing-masing ya. Tapi kebiasaannya, suhu macam ni yang digunakan. kalau oven kecil, kurangkan sedikit suhunya ya. Ingat, lain oven lain pe'el nya. hehehehe..

Bila masak, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Ingat, simpan elok-elok tau.., nanti tak sempat raya biskut dah hilang.

Okey, hingga jumpa lagi. semuga memberi manafaat buat adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan dapur atau baru nak belajar buat biskut.

Assalamualaikum.



Comments

Popular Posts