KUIH BAKAR PANDAN PISANG

MUDAH, SEDAP DAN CEPAT..JIMAT MASA..



Assalamualaikum.. salam ramadan buat pengunjung dapur maya Kak Ita. Semuga teman maya semua sentiasa dalam rahmat Allah snt.


Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas dan menikmati segala kurnia Allah dengan sempurna. 

Kali ini Kak Ita nak share resepi kuih bakar yang sangat mudah untuk dibuat kerana bulan-bulan puasa ni, kita sedia maklum..tak mahu buat yang remeh-remeh dan banyak guna kan masa untuk memasak sahaja. Kita perlukan masa juga untuk beramal ibadat. Kan, kita nak buat amal lebih bulan ni kan. So, marilah kita gandakan amalan kita disamping sentiasa bertaubat dan meminta ampun dari Nya. Pedulikan dengan hal-hal yang remeh temeh yang menganggu ibadat kita. Kurangkan sikit pergaulan, banyak habiskan masa dengan bersendirian, muhasabah diri dan tingkatkan bacaan al quran.

Jadi, kali ini Kak Ita akan sharekan resepi kuih bakar. Mana tahu ada yang nak buat untuk juadah berbuka puasa peteng ini ke. Resepi ini ada juga Kak Ita muatkan dalam buku Kak Ita yang judulnya 500 Juadah Pilihan Keluarga. Berikut, adalah bahan dan cara-caranya:

KUIH BAKAR PANDAN PISANG

Bahan-bahan:

2 cawan gandum
4 cawan santan
5 biji telur
2 sudu besar esen pandan
1 sudu besar esen pisang
3 sudu besar bijan
2 cawan gula






Panaskan oven, sapu loyang dengan minyak dan ketepikan.


Satukan telur dan gula. Kacau sebati.



Masukkan gandum dan kacau rata.


Masukkan esen pisang, santan dan esen pandan. Kacau hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyang dan tabur bijan. Bakar selama 1 jam dengan suhu 160͒C. 



Dah siap, boleh lah di cuba ya. Selamat mencuba..

Assalamualaikum..

Comments