ITA DI MAJALAH

ITA DI MAJALAH SAJI BULAN OCTOBER 2015



Assalamualaikum... selamat pagi semua..


Dah beberapa hari Ita dah dapat majalah SAJI tapi Ita tak berkesempatan nak mengupdatenya di blog Ita lantaran mengejar date line yang semakin hampir.


Pagi ini nak Ita selitkan cerita Ita di majalah SAJI bulan October 2015 di celah-celah kesibukan hari ini. Biar pun ringkas asalkan berinfo..



Dalam majalah SAJI bulan ini, Ita sumbangkan beberapa resepi berasaskan jagung dan tomato sebagai perkongsian Ita kali ini. Jika di majalah AROMA bulan September Ita sediakan 5 jenis kuih dan 5 jenis lauk. Harap menjadi rujukan kepada pemilik majalah itu.

Ita suka berkongsi ilmu kerana Ita mahukan orang lain pun boleh buat macam kita dah buat. Mungkin mereka tak tahu cara, jadi Ita tunjukkan. 





Harapan Ita ianya menjadi satu ilmu yang berpanjangan jika kita saling berkongsi. Tiada rahsia ya..

Kata orang memasak ni bermula dengan minat. Dulu.., Ita pun beranggapan seperti itu jugak. Tapi.. bila Ita jumpa dengan seorang gadis yang tak pernah masak nasi seumur hidupnya ini telah berubah menjadi seorang isteri yang pandai memasak selepas berkahwin, pemikiran Ita berubah. Semenjak itu, Ita yakin setiap orang boleh memasak jika dia mahu.




Gadis ini, langsung tak pandai memasak, malah nak membuat secawan teh pun dia tidak pandai. Tetapi selepas berkahwin, dia selalu merujuk pada Ita resepi-resepi yang dia mahukan. Ita memberinya resepi dengan perasan yang biasa-biasa jer, tak teruja pun. Tapi lama-kelamaan bila Ita perhatikan, dia telah menjadi seorang yang rajin ke dapur dan pandai memasak. Ita gembira dengan perubahan dia ini. Mungkin kerana mahukan suaminya makan hasil air tangannya,.. dia korban segala rasa tak suka ke dapur dan mulai memupuk minat ke dapur dengan ikhlas. Alhamdulillah.. sekarang dia menjadi seorang ibu dan isteri yang sempurna. Walaupun sibuk dengan kerjayanya, dia tetap memasak untuk suami dan anak-anak kecilnya.

Ita sertakan beberapa gambar resepi yang Ita kongsikan di majalah SAJI bulan ini. Semuga menjadi perkongsian yang bermanafaat buat semua. Mana tahu kan.. nak ubah selera sikit ke pada hujung-hujung minggu ni kan..

Okey sehingga jumpa lagi di lain masa.

ASSALAMUALAIKUM..


Comments