500 JUADAH PILIHAN KELUARGA

BUKU TERBARU YANG SEDIKIT MENCABAR.. AKAN TERBIT!!



Assalamualaikum.. selamat pagi. Harus bersyukur dengan nikmatnya kerana masih lagi berdiri walaupun tak berapa nak gagah ya. Pagi ini Ita masak sangat simple, kebetulan nasi dan sup malam tadi masih berbaki. Mana yang suka makan nasi tu, Ita hidangkan bersama sup dan ayam bakar lada hitam. Mana yang tak mahukan nasi dan mahukan hidangan yang agak simple tu, Ita sediakan roti goreng telur bersama nescafe 'O' untuk hubby, milo susu untuk adam, dan neslo untuk adik lelaki Ita.


Perkongsian yang amat menarik Ita kira di pagi ini kerana buku terbaru Ita 500 Juadah Pilihan Keluarga sudah pun terbit. Sangat memberi menafaat Ita kira kerana buku ini dilengkapi dengan langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman pembaca yang budiman. Sebarang kemusykilan bolehlah hubungi Ita melalui email ruzieta_92@yahoo.com.my.


Mencangkupi pelbagai jenis masakan dari pada lauk pauk, kuih muih, nasi, ala carte, masakan panas, air minuman, puding hingga ke biskut dan kek. Pendek kata, tak payah nak susah nak beli banyak buku. Cukup dengan buku ini sudah memadai untuk menghasilkan hidangan yang baik buat orang-orang tersayang dan diri sendiri.


Dengan hidangan yang ringkas tidak memerlukan kita berada lama di dapur. Masa untuk mengemas dapur pun menjadi cepat walau masa kita tak banyak. Lebih lebih lagi bagi ibu ibu dan isteri isteri atau wanita bekerjaya sudah tentu menpunyai masa yang terbatas. 


Jadi, jangan sia-sia kan peluang ini. Jika tidak mahu ke kedai buku boleh terus hubungi Ita ya..

HARGA :  RM59.90
POSTAGE : FREE!!!!
017-9765626

Assalamualaikum..

Comments