Saturday, 25 June 2016

BUKU 100 RESEPI BISKUT MUDAH DAN SEDAP

BUKU RESEPI KE 5

Assalamualaikum.. selamat pagi. Buat apa anda pagi ni. Tentu ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk raya kan. Anda semua dah siap membeli baju raya anak-anak? Ita belum lagi. Sebab Ita masih sibuk dengan tempahan biskut raya dari kawan-kawan Ita dan saudara mara Ita. 

Walaupun pada mulanya Ita tak mahu mengambil tempahan pada tahun ini namun bila ramai pulak yang meminta untuk Ita buatkan, Ita jadi kalah dengan permintaan peminat-peminat biskut Ita selama ini. Dah hampir 20 tahun Ita mengambil tempahan biskut raya, tetiba tahun ni tak nak buat. Pastinya menjadi kepelikan..hehehe..

Okey, nak ceritalah kan. Buku terbaru Ita yang kelima dah pun keluar di pasaran. Buku ini Ita muatkan resepi-resepi yang mudah-mudah aje dan sedap pulak tu.. 100 resepi semuanya. Buat sambil pejam pun dah boleh jadi.. (melampau betul metafora Ita..hahaha..). Nak cakapnya, senang sangat resepi ni. Tak payah susah-susah nak guna pemutar kek tu. Kacau-kacau dengan senduk kayu pun boleh. lainlah kalau nak buat banyak untuk dijual. Memang kena guna hand mixer lah..hehehehe..


Kalau terasa malas nak keluar ke kedai buku, kawan-kawan boleh dapatkan terus dari Ita. Nanti Ita upah pakcik posmen hantarkan untuk anda terus ke depan pintu rumah. Nak tak? Cepat..sebelum pakcik posmen cuti raya lak..

Kalau kawan-kawan, kakak-kakak dan adik-adik berminat boleh whatapp kepada Ita terus ya.

Harga : RM34.90
Whatapp : 017 9765626


Okey hingga jumpa lagi ya..

ASSALAMUALAIKUM..