MAJALAH SAJI

ITA.. DI  MAJALAH SAJI DECEMBER 2015


Assalamualaikum... selamat petang semua. Semuga anda sentiasa ceria-ceria hendaknya.

Perkongsian yang menarik Ita kirakan..

Ketika menerima undangan dari majalah SAJI untuk menyediakan 10 jenis masakan lama menjadikan rasa Ita pada masa itu.. OOoh.. Banyak sekali masakan lama. Kalau tinggal di Kelantan ni.., rasanya masakan lama masih lagi bertahan dan masih lagi digunakan sebagai hidangan harian di rumah atau di kedai-kedai makan. Ita tak terasa pening untuk memikirkan apakah masakan lama yang harus Ita sediakan. Sebahagiannya, Ita selalu jer masak kat rumah untuk hidangan Ita dan suami. Untuk anak-anak Ita, mungkin sedikit kurang permintaannya. Anak-anak sekarang rata-rata tak berapa nak suka masakan kampung, sementelah lagi kami tinggal di bandar. Jadi Ita kena membiasakan anak-anak Ita dengan masakan kampung agar selera mereka tetap ada pada masakan kampung walaupun tinggal di bandar dan mereka tidak hanyut dengan selera western food yang senang didapati.


Terasa juga dalam diri nak menerapkan anak-anak dengan masakan kampung. Ada juga beberapa masakan kampung yang boleh di terima pada citarasa anak-anak Ita. Namun Ita cuba untuk mereka nikmati agar suatu masa nanti mereka tak lupa dan kenal dengan masakan lama, walaupun mungkin mereka terasa sedikit janggal dengan bahan-bahan yang digunakan. 

Untungnya Ita, ayah Ita yang datang ke rumah, selalunya akan membawa hasil dari kebun seperti pelbagai jenis ubi, pelbagai sayur dan cendawan yang tidak terdapat di pasar-pasar seperti cendawan cawan, buah ara atau buah lada hitam yang segar. Ita dan suami sukakan buah lada hitam yang segar untuk dibuat ulam.


Bila  majalah SAJI mengundang Ita untuk mengongsikan resepinya, sudah bermain di kepala masakan apa yang hendak Ita idamkan. Asalnya Ita nak masukkan resepi Goreng Belalang tetapi Ita tak dapat belalang, jadi Ita tukarkan kepada resepi lain.

Antara resepi yang Ita kongsikan adalah kuih pasung, apom manis, kuih beko,jering rebus kelapa parut, kerutuk itik, gulai udang dengan labu, kerabu sare, kerabu pucuk beko dan Kulat sisir telur hancur.

Pada Ita, semua resepi yang Ita sertakan itu adalah resepi yang sedap dan susah nak dapat bagi masyarakat bandar khusunya. Tapi masih boleh di usahakan jika terasa mahu menikmatinya. Ita suka membiasakan anak-anak Ita dengan masakan dulu-dulu sebab Ita takut jika Ita tak membiasakan mereka dengan masakan ini, risau mereka tidak mengenali masakan nenek moyang mereka.

Kepada sesiap yang mahukan resepinya bolehlah mendapatkan majalah SAJI December 2015 yang sudah terdapat dipasaran.


Assalamualaikum..

Comments