100 RESEPI KEK MUDAH DAN LAZAT

TERBARU!!!! KEK MUDAH DAN LAZAT..


  Assalamualaikum.. salam sejahtera..sangat lama rasanya tak ke udara lantaran kesuntukan masa. Ita just sempat update thru fb kadang-kadang, yang sempatnya cuma di instagram. Itu pun tak sempat nak update resepi, cuma photonya sahaja. Selepas mengambil keputusan untuk kembali bertugas di Maybank pada December 2016, Ita kembali sibuk sekali. Pulang ke rumah sudah lepas waktu magrib dan masak untuk keluarga menjadikan waktu yang ada sedikit hanya untuk rehat dan persediaan untuk berkerja keesokkannya. 


Namun hari ini Ita kembali sibuk dengan buku buku baru Ita lagi. Tahun ini Ita dah sempat menyiapkan 3 buah buku baru, malah, telah pun berada di pasaran. 100 RESEPI KEK MUDAH DAN LAZAT adalah antara buku Ita yang terbaru, buku ini telah pun berada di pasaran. Kek yang mudah dan sedap ini akan menolong anda untuk menyediakan kek dari airtangan sendiri untuk anak-anak dan suami buat hidangan petang. Malah, anda juga boleh sediakan nanti untuk hidangan raya.

Berikut antara resepi-resepi yang Ita muatkan dalam buku Ita ini. 


Diharapkan ianya akan memjadi rujukan kepada yang memerlukannya. Jika ada pertanyaan, anda boleh terus email kat Ita ya di ruzieta666@gmail.com Inshaallah, Ita akan usahakan menjawab setiap persoalan anda.


Okey, sehingga jumpa lagi ya. Sekarang ini Ita tengah shooting buku terbaru Ita.. Cup Cakes & Muffin. Nantikan ya..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts