BILA PERISTIWA YANG SAMA BERULANG

KITA PUN MAIN JUGAK DULU MASA KECIK-KECIK...







Assalamualaikum.. selamat pagi, apa khabar..


Ita tak nak kongsi pasal makanan ya.. Sebab Ita puasa, hehehe.. lagi pun Ita masak nasi goreng yang banyak kali Ita tayang kat sini. Jadi tak menghampakan tetamu yang selalu bertandang kat blog Ita ni, Ita cerita sikit ya..


Ita terlihat anak lelaki Ita yang bermain di halaman. Anak lelaki Ita ni hanya berkawan di sekolah sahaja. Kebetulan di kejiranan kami tak ada kanak-kanak sebaya dengan nya. Ada anak jiran-jiran yang jauh lebih kecil dari nya dan ada yang jauh lebih besar dari nya. Kalau ada pun tinggal jauh sikit dari rumah Ita. Ita memang tak mengizinkan dia untuk bermain jauh dari rumah. Jadi, memang dah terbiasa takde kawan di rumah. Maka, main lah dia sorang-sorang kat halaman. Itu pun, bila dah puas sangat dok menghadap TV atau komputer games.


Menjenguk dia di halaman sekejap, Ita terpaku. Dia main payung terjun. Aduhs!! teringat Ita pada memori zaman kanak-kanak Ita. Memang permainan itu lah yang Ita main. Sama!! Masih lagi dijual di zaman ini. Seronok pulak melihat dia bermain, lalu Ita pun nak merasa main sekali. Mengimbas kembali zaman kanak-kanak Ita dahulu.


Adam beli dua colour, satu kuning dan satu merah. Maka main lah kami sepuasnya. Ita dulu, dulu-dulu lah kan.. selalu kena marah dengan mak. sebab dalam poket baju sekolah selalu ada macam-macam mainan. Patung kertas lah, ala..yang pakai baju kertas jugak tu. Sampai rela tak membeli kat kantin sekolah. Simpan duit tu, nak beli patung kertas kat kedai mak cik tepi jalan sekolah sambil tunggu bas sekolah datang. Aduhai.. nostagia sungguh rasa.

Okey, hingga jumpa lagi.. Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts