MENU RINGKAS UNTUK BERBUKA

MASAK SEDAP-SEDAP YA..


Assalamualaikum.. selamat petang. Apa khabar?  Masih menyambut syawal lagi ke? Tentu masih meriah lagi kan. Juga, tentu banyak undangan yang di terima. Kalau yang bekerja tu, dekat pejabat tentu masih ada yang membuat sambutan raya. Sama-sama membawa hidangan dan sama-sama mengundang rakan taulan.

Ita dah masuk hari ke lima berpuasa, terasa sedikit penat dengan tugas harian dan cuaca yang panas sekarang. Jadi, Ita kurangkan aktiviti luar rumah. Lagi pun faktor usia kot, buat kita terasa tidak aktif seperti 10 tahun yang lalu. Buat kerja pun dah lemah lembut jer. Jalan pun tak selaju dulu hehehee...

Pagi ni Ita nak kongsikan menu berbuka kelmarin. Ita masak ringkas-ringkas jer dan Ita penuhi keinginan setiap ahli keluarga Ita. Ita masak Gulai Lemak Ketam,Ikan tamban goreng kunyit, peria goreng telur hancur dan kerabu sotong.

Hubby sukakan peria jadi Ita masak kan peria dan kerabu sotong untuk nya, untuk avin pula, Ita masak Gulai Lemak Ketam. Avin dan Adam memang sangat gemarkan sebarang masakan ketam. Dan untuk Ita pula, Ita gorengkan ikan tamban goreng kunyit. Janji lepas makan  ada buah.. itu pebret Ita. Buah rambutan dan buah mata kucing.

Jom kita kongsikan resepinya ya.


GULAI LEMAK KETAM

bahan-bahannya:

1/2 kilo ketam-cuci dan bersihkan
1 keping asam gelugor
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
150 ml santan pekat

Bahan kisar:

2 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 biji cili kering
1 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 liter air

cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan  gula.
  3. Bila mendidih, masukkan ketam.
  4. Kacau perlahan-lahan hingaga ketam masak.
  5. Sesuaikan rasa.


IKAN TAMBAN GORENG

Bahan-bahannya:

1/2 kilogram ikan tamban-cuci dan kelarkan rapat kerana tulangnya banyak.
3 inci kunyit
3 ulas bawang putih
1 sudu garam kasar

Cara-caranya:

  1. Tumbuk kunyit, bawang putih dan garam hingga lumat.
  2. Sapukan pada ikan.
  3. Perap sekejap.
  4. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
  5. Hidang ketika panas-panas lebih enak.



PERIA GORENG TELUR HANCUR

Bahan-bahannya:

1 biji peria
1 biji cili merah-hiris
1 biji telur
2 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 sudu garam halus
1/3 kiub pati ayam

Cara-caranya:

  1. Peria dipotong buang isinya. hiris dan rendam air garam selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  3. Masukkan garam dan kiub pati ayam.
  4. masukkan pula buah peria dan cili merah. Kacau rata.
  5. masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya telur hancur.
  6. Angkat dan hidangkan.
KERABU SOTONG

Bahan-bahannya:

400 gm sotong-cuci dan toskan
1 kuntum bunga lawang-hiris halus
1 batang serai-hiris halus
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 ulas bawang merah-hiris
1 tangkai daun sup-hiris
1 biji cili merah-hiris
1 sudu besar cuka
2 sudu besar sos plum

cara-caranya:

  1. Sotong dihiris dan di rebus hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Dalam mangkuk, satukan cuka, sos plum, garam, gula, cili merah dan bawang merah. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan sotong, bunga kantam, daun sup dan serai.
  4. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
  5. Hidang bersama lauk lain.
Okey, itu saja perkongsian Ita pagi ini. Semuga memberi manafaat kepada pembaca semua.  jangan lupa ya..dapatkan buku-buku Ita di pasaran...

ASSALAMUALAIKUM...




Comments

Popular Posts